Konsep utama Mitos_Cina

Sesetengah mitos masih terpelihara dalam bentuk teater atau sastera, sebagai lakon pentas atau novel. Antara bahan-bahan mitos terpenting yang dianggap sebagai rekod mitos yang paling sahih termasuklah:

Nuwa dan Fuxi digambarkan sebagai makhluk separa ular, separa manusia.

Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam asal-usul manusia dalam mitos Cina:

  • Tian (天) dan Shangdi (上帝): kedua-dua nama ini dijumpai dalam catatan bersejarah seawal 700 SM. Walaupun lama-kelamaan disatukan sebagai satu entiti iaitu Huangtian Shangdi (皇天上帝), namun kedua-duanya lain ertinya. Tian bererti "langit", "angkasa" atau "syurga", dan tidak memaksudkan sebarang tuhan pencipta, sedangkan Shangdi bererti "atas maharaja", oleh itu barulah membawa maksud "Yang Maha Besar".
  • Yudi (玉帝 "Maharaja Jed") mula dinyatakan dalam sastera selepas penubuhan fahaman Tao. Baginda merupakan pemerintah Syurga, Manusia dan Neraka. Yudi sering disamakan dengan Tian dan Shangdi dalam konteks sembahyang.
  • Nüwa (女媧) dan Fuxi (伏羲) disebut dalam sastera seawal-awalnya tahun 350 SM. Mereka berdua dipuja sebagai leluhur terulung segala manusia yang dipercayai mengacu tanah liat untuk membentuk manusia sebagai teman.
  • Pangu (盤古) merupakan makhluk hidup pertama dan pencipta segalanya, mulai dinyatakan sekitar 200 M.